Thursday, April 5, 2012

Puding Karamel kecintaan cucu cicit

Assalamualaikum



Pagi-pagi lagi dah dok update entry berbaur makanan.
Ye,memang takde keje lain lagi la sha ni kalau time cuti-cuti begini selain sesi menternak sang lemak yang semamngnya dah menimbun hebak celah2 juga pelosok badan ni..
Di saat sang pikiran nih yang dah jem macam robot rusak sebab munasabab kerja masih tak dapat-dapat lagi even dah pergi interview banyak tempat maka dengan sifat kerajinan yang memang semulajadi dalam diri mula la terpikir nak masak itu ini.
Memang berkecah la dapur rumah wa kerjakan der... -..-
Maka tanpa melengahkan masa membuat karangan spm yang akan buat korang muntah darah,marilah mak jemah tunjukkan cara-cara membuat puding karamel atau nama saintipiknya creme caramel yang memang kacang goreng sampai cucu cicit masa depan pun akan tergelak-gelak hentak kaki melihat neneknya jaman ini yang baru terkial-kial nak belajar buat.

Bahan-bahan :
Karamel
air kosong dan gula-gula gula buat ayaq.


Puding
3 biji telur,gula,asin vanila,susu ibu tawar,kalau sha prefer susu full cream,memang lemak berkrim! hehe


Ini hidangan tuk 2-3 orang.
Permulaan je. Kalau nak buat hidangan tuk patpuluh ratus pemeli pun boleh. Pepandai la tambah2 bahan yerk. 
Amaran keras : JANGAN makan selalu. Ada kena potong kaki. Makanan ni manihh kemainnn. Tak pasal diabetes nanti.hikhik.

Cara-cara :
Karamel.
1. Memula tuang la 5sudu gula dalam kuali.Nak guna periuk kera belanga pun boleh. Campur dengan air kosong tadi. Jangan banyak-banyak.1 sudu pon dah ok. Kacau-kacau sampai cair.
2. Tunggu gula tadi jadi kaler perang-perang ala-ala kaler rambut anak omputih yang comel kemain tu. Jaga,jangan sampai hangus. Nanti hangit tak sedap pulak.
3. Tuang air gula yg dah jadi kaler perang tu dalam mangkuk yang tahan panas. Bedal jela nak mangkuk bentuk apa pun. Nak sentimentel guna la mangkuk lep2,bintang ke.kalau malas guna je mangkuk bulat. Habis citer.
4. Biarkan dia keras. Sementara tunggu keras moh ler buat puding dia pulak.

Puding.
1. Pecahkan 3 papan bijik telur tadi dalam mana-mana mangkuk.toksah nak pandai sangat guna mangkuk mixture machine cake tu,kita bukan nak buat kek ye anak-anak sekalian.
2. Perhangat susu full cream lemak berkrim disukai ramai. Jaga jangan sampai menggelegak. biar panaihhh ja.
3. Sambil tunggu susu hangat. Campur gula dalam telur tadi. Pastu kacau. Gula tu kut suka la. Jangan dok boh banyak-banyak. nanti terlebih manihh,tak sedap la pulak. dalam 4sudu sedang-sedang tak besar tak kecik. Pastu buh sikit asin vanilla.
4. Campur susu tadi dalam telur yang dah sebati nan telur tadi. Kacau sikit.
5. Tuang la adunan puding nih dalam mangkuk yang ada air gula perang yang dah keras tu. Jangan risau. Biar jer dia bercampur. Nanti dah masak dia terasing sendiri. Air gula tu cayaq sendiri nanti.
6. Didihkan ayaq siap2 dalam periuk kukus. Nak guna oven pun boleh. Tapi make sure keliling mangkuk over tu ada air la.
7. Masukkan mangkuk yang dah penuh adunan puding n karamel tadi dalam periuk kukus ke oven ke ikut suka angpa la.
8. Tunggu 30-40 minit. Cek dah masak belum. Kalau belum tunggu la sampai masak.
8. Sejukkan. Letak dalam fridge pun boleh.
9. Terbalikkan dalam pinggan ke piring ke,nak guna dulang pun apa la salah. tak salah langsung pun. Ikut suka hati.
10. Siap tuk dimakan.

bentul lep2 tuk yang tersayang.
nak letak hiasan pun boleh. buh la strawberry ke.blueberry ke. nak letak buah derian sbjik pun boleh. hekhek


Senang kan kan kan.Memang la nampak makcik senah ni menaip kemain panjang. Tapi simple je buat dia. 10minit je dah boleh settle. Pejam mata sebelah pun boleh. dua-dua tal boleh la. Tak nampak macam mana nak masak ye dak? Cuma nak tunngu dia masak tu lambat sikit la.. Biasa la tu kan. 

p/s : Selamat mencuba, Siyes sedap. Jangan risau.

Tenkiu bace ^^

8 comments:

  1. malas nak buat. tolong buatkan boleh ? ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hakhak..bulehh..upah naaa.. 1 saat buat RM10. berani? :P

      Delete
  2. dapnya dapnyaaa.
    tak bak buat. nk beli je boleh? hehehh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..beli mahaiii.. sepotong kecik dah RM3 :)

      Delete
  3. Replies
    1. tayah nak "NAK!!!!!!!" macam tu sgt.. hehe

      Delete