Monday, May 16, 2011

Dia Buah Hati Saya Selamanya!

Assalamualakum

Selamat malam rakan taulan..
Semakin hari semakin jauh ku tinggalkan dunia blog nih..
Semakin dilupakan dunia penulisan yang dicintai sejak kecil lagi nih.
Maafkan sha duhai sang blog..

Haih,banyak betul yang menganggu sang buah fikiran akhir akhir ini dan membuat sha makin hari makin menjadi Puteri Airmata yang terletak di tangga yang paling awal di dunia..
Keadaan ini sangat mengusutkan minda sehingga terkadang sha berubah jadi segedik itik terkedek kedek dengan menagis dengan penuh dramatik tiap kali malam muncul menunjukkan diri..


saya sayang mama saya

Perkara yang paling utama selain yang paling utama dalam diri yang dipikirkan ialah mama..
Mama lah yang paling bertanggungjawab dalam isu sha bertukar menjadi Puteri Kememeh kebelakangan ini..
Jangan lah pikir mama sha cucur api rokok at badan sha lagi memukul teruk sha sehingga tinggal nyawa nyawa ikan keli..
Tak tak.Tak sama sekali.
Sungguh pon muka mama bengis dan  buas seperti seekor singa lapar,hatinya baik dan lembut bagai tisu empuk yang digunakan tiap kali airmata mengalir deras di pipi..

Segeman 1
Cuba imagine sha sedang terbongkang di lantai licin di ruang tamu yang indah lagi cantik..(pstt bayangkan umah sha seindah istana permaisuri )

Mama : (Geletek sha) Kalau kau da balik nanti,dak tak dapat dah nak bergurau macam ni..

Segmen 2
Cuba imagine sha sedang menjadi sepakar chef mengalahkan chef wan di dapur.

Mama : Selalu nak makan selalu ja terfikir apa la kau makan kat sana.

Hati sha betul betul sebak bila dengar mama cakap macam tu.
Bila terbayang jadual sem depan memang keadaan tak memungkinkan sha balik ke rumah seperti sem 1.
Jadual agak padat pada hari Jumaat,berlarut sampai ke petang.Jadi memang tak berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman selain ada cuti panjang. Bertambah kesedihan di hati.Rasa nak lari ke kanan kiri menghilangkan perasaan yang satu ni

Dah tahu kenapa sha tak update entry sekerap dulu kebelakangan nih kan? Dah dah.Jangan pikir bukan bukan,Tak baik tau.Sha hanya nak spend time yang tinggal beberapa hari ni dengan mama.Bila nanti sem baru dah bermula dia takkan rasa kehilangan sha lagi..

p/s : dah dah nak update entry cepat cepat.Sebabnya nak layan cerita Juvana dengan penuh khusyuk dan tawaduq.

1 comment: