Sunday, May 29, 2011

Menaip buat saya tenang

Assalamualaikum

Selamat malam rakan taulan.
Dah terbongkang at tilam empuk dah?
Ish,lek luuu..awal lagi der..
Mata belalang pun tak pecah lagi..
Ngahahaha *ketawa sopan*

Siyes sha bosan kemain even sem nih sha dah dicampak at blok belakang yakni blok yang dihuni 4 makhluk sekali gus.
Kalau boleh nak jer sha pegi mohon blok depan yakni blok yang dihuni sepasang kapel yang sangat sweet lagi romentik tak ketahuan hala.
ok tak -.-'
Kalau diberi peluang sha nak mohon blok depan dan minta sha diperuk macam jeruk sensorang dalam bilik tu.
Bukannya bermakna sha ni sombong.
Tak tak.
Sha ni pendiam lagi pemarah kemain.
Eh! pemarah? tak tak.
Penyegan atau nama saintifiknya sopan lagi pemalu kemain. *sha kan gadis melayu yang paling terakhir dalm dunia* Hahaha! *ketawa sopan*
Tapi nak taknak kena la terima hakikat yang sha dah pon menjadi penghuni bilik belakang dan terpaksa menjadi salah seorang yang kononnya sangat amat bersosial.
siyes wa tacing der dok sini..
Pape pon,Alhamdulillah.Dah semakin boleh menyesuaikan diri *ayat tak sepenuhnya ikhlas datang dari hati*
Doakan la sha boleh join otak otak giler mereka mereka ni yer..
Bukan lah bermaksud sha nak jadi kembar 4 yang berkongsikan otak yang sama..Cukup lah sekadar sha selesa terbongkang dalam bilik nih.

Ok dah dah.
Bukan niat nak update tentang life sha as student yang telah dibuang dari list Dean List lalu di lempar ke blok belakang.Tak sama sekali..
Cumanya tiba tiba mata sha jadi clear kemain lantas tak payah nak menggunakan kaca mata  barang seminit dua bila ternampak kan comment dan viewer yang membanjiri blog sha petang tadi

Meh meh klik sini as bukti.
Ingatkan nak upload picture,tapinya setelah menunggu 33minit 57 saat tak boleh boleh,jadi klik je la as bukti.

Siyes rasa nak panjat bangunan 33 tingkat lalu terjun menjunam sebanyak 3x kerana tak percaya..
Semua gara gara segmen Abg Ketoi ketoi yang tak bape nak ensem tu..ngehehe. Jangan mara nanti cepat tua.
Segmen dia rajin orang serbu taw..bukan takat segmen malah blog nya juga menjadi perhatian ramai.
Sebab munasabab nya Abg B.A tu sangat sangat la penyayang kemain.
Selalu care tentang blogger blogger baru.Selalu ja buat segmen tuk muka muka baru *sha la tu*
Tenkiu Abg Bengg.. Jasa mu dikenang kenang. Sila la kembang hidong macam anak beruk ya. Ngehehe. Gurau,jangan mara haa..

Oleh sebab kuliah sha dah nak start esok maka malam nih sha akan follow sikit sikit sahaja dari segmen abg bengg tu..Yang lain maaf ya.Jika ada kelapangan maka sha akan berusaha mengerah keringat bagi menfollow sume yang tersenarai.InsyaAllah

p/s : nak layan FB barang sejam dua lalu berusaha lena dengan lelap.Sebabnya dah tak boleh lewat lewat bangun.Esok dah start kuliah.Selamat malam semua

No comments:

Post a Comment