Selamat malam.
Malam malam macam nih dapat melahap aiskrim McFlurry Oreo sambil bersantai tengok cerekerama at TV3 yang penuh dramatik tiap tiap minggu tu best jugak ye dak? *sediakan tisu empuk untuk mengelap cairan yang membasahi pipi ya*
![]() |
cun nye,anak sapa nih..Ngahaha! Tetiba tertepek pompuan melayu terakhir nih :P |
Ok dah dah,tak payah nak bersedih sedih sangat la ye dak..?
Moh moh kita cek tips untuk gadis gadis cantik diluar sana.
Bukan tips tips untuk menegangkan kulit muka yang da kendur akibat usia yang semakin menginjak alam alam tok tok nenek atau pun mengempotkan pipi yang kembong bagai donut cekelat yang enek ditelan tanpa dikunyah mahu pun tips tips menyelimkan lagi merampingkan perut yang dah nak meletup ibarat hamil sembilan bulan.
tak tak.
Ini tips untuk gadis gadis cantik yang sopan lagi penyayang macam sha nih *auww,sipu sipu malu* untuk menghindar dari di ngorat oleh laki laki mata keranjang lagi buaya darat.
Trust me ia amat amat berguna ok! sha rajin sangat guna nih dan ia berkesan! ^^
Buaya darat : Hye.boleh kenal?Nama apa?
Girls : Nak kenal ke? Wah teruja sungguh! Nama saya Pah Bedah binti Mat Joko.
Buaya darat : Ala,bergurau pulak awak nih.Saya suka la.Duduk mana ekk? Umur berapa?
Girls : Buat apa nak bergurau. Betul la nih. Saya nih pembantu rumah je,datang dari Indonesia.Duduk rumah majikan.Umur 38.Betul ke nak kenal nih.Bila nak jumpa? Nak beli baju,tas tangan..Seronok nyer!!
Buaya darat : eh,betul la.Saya tak salah orang.Awak ni minah binti Ali kan yang cantik,putih gebu,tinggi lampai tu kan?
Girls : Eh,tak la.Saya ni hitam,pendek,gemok,jongos. Buat apa lah nak tipu.
Kalau tak jadi,kantoi kita betul betul that girl yang di cari..
Emmm,errr..
Dah habis? Tak tak,belum lagi.
Saja buat saspen plus menyampah sebelum waktunya..Wahahah! :P
Meh meh ada tips lagi..
Buaya darat : Dah makan? Minah masak ke? Mesti sedap kan..
Minah : Dah,sedap mak masak..minah baru bangun tidur.
Buaya darat : Minah tolong mak masak ea..Rajin nyer..
Minah : Apa kelas tolong.Biar lah mak buat sendiri.Nanti hancur tangan mulus minah ni taw.
Buaya darat : Ala belajar lah.Nanti dah kahwin nanti senang.
Minah : Nak buat apa? Nanti kahwin nak ambik orang gaji.Minah nak duduk je goyang kaki.Jatin Datin.
Toing toing.
InsyaAllah cancel terus jadi calon bini masa depan.
Sha selalu buat gini.Al-maklum lah.Sha ni gadis cantik yang sopan santun lagi baik hati plus penyanyang kemain,maka ini lah cara sha bagi mengelak dari di ngorat..
*bukan bangga tapi kenyataan..Kalau bangga sha tak share tips berguna nih*
Wink wink ^^
p/s : Selamat mencuba ya! Kalau rasa desperate toksah susah susah ikut tips nih.Layan ka jer la sang sang buaya tu.hehe :P
hai boleh berkenalan? (ingat tak ayat ni?)
ReplyDeletejemput masuk contest =D
ReplyDeletehttp://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html