Tuesday, June 14, 2011

Pergi tak kembali

Assalamualaikum

Selamat petang rakan taulan.
Suramnya petang selasa nih,sesuram hati dan perasaan sha pada tika dan saat ni.
Pergi tak kembali?
Bukan lagu dendangan Rabbani yang popular sehingga hari ni mahupun incek kekasih masa depan yang pergi tak kembali kembali ke pangkuan.
Tak tak.
Sebab munasabab sha bermuran durja mengalahkan ayam berak kapur adalah kerana perginya insan yang boleh dikatakan agak rapat dalam family sha,kematian yang bernisan memberikan tusukan yang amat mendalam dalam sanubari sha juga family family terdekat..

Rabu Bin Mahmood dalam kenangan. Al-Fatihah

Yang paling menyedihkan,sha tak dapat balik ke jb lalu pulang ke kampung untuk memberi penghormatan yang terakhir.
Semuanya gara gara quiz dan aktiviti2 kampus yang perlu sha hadiri.
Maafkan diri ini kerana tak dapat bersama sama :(
terkilan tak usah cerita,lagi lagi bila tahu abang abang sha dari Kl serta Melaka turut pulang ke tanah JB.
Sedangkan sha?
Ya Allah,sedih yang langsung tak dapat digambar dengan kata kata.
Sehingga ketika entry ini di update pun,airmata masih lebat membasahi pipi..

Masih terngiang ngiang deraian gelas yang sha selalu gunakan untuk membancuh cekelat panas tatkala mencucinya pagi tadi.
Ya Allah,rupanya petanda yang seseorang yang amat sha sayangi pergi menyahut seruan Ilahi.

dah dah,hari pun dah beransur malam.Seharusnya sha hentikan taipan ini.
Buat sekian kali Al-Fatihah buat Rabu Bin Mahmood :(

p/s : sama sama kita doakan beliau agar ditempatkan di dalam kalangan orang orang yang beriman :(

No comments:

Post a Comment