Selamat malam Ramadhan kepada semua rakyat jelata di serata alam.
Tak pergi terawih ke anak dara sekor nih? Tak abis abis nak update blog kan.
Sejujurnya,ya! Memang tak.
Semuanya gara gara Perkad yang berlangsung sepanjang hari ni,buat fizikal juga jasmani letih tak ketentuan hala.
Rasa nak buat taik mata dengan kadar segera selepas balik balik je ke bilik hostel.
Malangnya perut comel asek merengek rengek minta di isi.
Dengan keadaan yang masih letih bagai tak makan 2minggu,gagahkan diri turun order makan dan membungkus makanan bagi makanan sahur nanti.
*Yer ini memang la situasi yang paling menyayat hati dalam sejarah hidup*
Berpuasa tanpa family disisi. *Sila baca dengan nada sayu lagi syahdu*
Kata letih tak ketentuan hala,boleh je update blog? -.-'
Yang letih,fizikal juga jasmani,jari masih boleh mematuk matuk di keyboard dengan penuh tata tertib lagi ni.hehe ^^
Esok baru nak puasa,tapi sekarang sha dan roomate dah sibuk pasang lagu raya.
Yang paling bestnya,sha pegi pasang lagu raya yang boleh buat air mata meleleh leleh deras ke atas keyboard.
Memang sangat sangat best la kan,memang sang bantal la jadi mangsa tangisan berirama yang sangat dramatik malam ni.
*Lagu lagu raya sedih ja yang ada dalam lappy ni*
Apa apa pun Selamat Berpuasa pada semua ya.
ihsan pakcik gugel.Pakcik gugel mmg terbaekk la! Selalu memberikan output yang cute mute ^^ |
p/s lagi : Sila la reda wahai hati,berjauhan dari family kerana ilmu,bukan dibuang family.
p/s lagi dan lagi : Jangan emo berlebih lebihan macam saya ya. Selamat berpuasa semua.
Mak saya dah tinggi! Last untuk entry kali ni.Klik untuk tumbesaran yang maksimal |
Tenkiu bace ^^
No comments:
Post a Comment