Thursday, July 21, 2011

Entry berupa menayang gambar pembudget chomell abad ni

Assalamualaikum


Selamat malam rakan taulan..
Fiuhhh~
Agak lama tak spend time pada blog.
Kalau dulu,tak sah kalau tak update sampai lima enam tujuh kali sehari.
Tapi sekarang satu entry pun susah nak padatkan dalam dashboard kenkorang.
Sedih dengan perubahan diri.
Tapi tak apa,sikap untuk meninggalkan blog berkurun lamanya sehingga bersawang sawang masih belum singgah dihati.

bagi menenangkan sang hati yang berkecamuk macam kertas kena renyuk,sesi memenuhkan gambar di lappy sendiri bermula.
Ini adalah aktiviti yang telah berkurun lama ditinggalkan. -.-'
Namun aktiviti yang kerap kali dilakukan yakni meng-upload gambar membudget chomell di muka buku terpaksa dilupakan serta merta akibat...
Photoshop yang telah dinyah dari lappy.
Bukan untuk memberi efek agar ia lebih kelihatan ayu ala ala Ayu Raudhah.
Tidak sama sekali.
Hanya lah mahu me-nyahkan background yang penuh dengan ilusi sepah lagi menyepahkan.
Sudah sedia untuk menatap imej yang boleh buat korang pengsan selema 7 hari 7 malam?

Sila gedabakkan mata anda.


Bagi sesiapa yang berbaik hati,moh ler berkongsi serial number photoShop kepada hamba bagi memudahkan hamba meng-upload imej berjuta efek pembudget chomell di muka buku.
Saya kan anak dara sopan santun yang baik hati lagi perihatin.
Maka dengan itu sengaja nak upload pic berjuta juta bagi korang tatap sampai termuntah.
hikhik :P

p/s : irama baru.Perasan kah anda? Ini adalah kesan dari obsesi akan No Min Woo dalam My Girlfriend is Gumiho. Mahu juga? sila klik sini

Tenkiu bace ^^

2 comments: