Monday, August 8, 2011

Telinga Keling jadi mangsa.Tak de benda lain nak makan?

Assalamualaikum

Fiuhh~
Siyes letih,kelas dari pukul 8 pagi sampai la petang hari..
Nasib baik dapat balik awal.
Sebab munasabab tadi ada Test Listening..
Kalau takde memang la semua pun dok tertempek atas meja macam ju-on tak tido doploh lapan hari.
Pas tu berlari lari macam ada aktiviti explorace ke bazar untuk mendapatkan makanan.
Alhamdulillah kelas abis awal.

Hari ni hari pertama memborong makanan di bazar.
Selalu beli at gerai bawah kolej je.
Ada juga pegi bazar sebelum ni,tapi teman roomate je
Tujuan juga motip adalah untuk membendung dari diri bertukar menjadi seekor saka yang kebulur lagi tamak haloba dengan membeli semua makanan yang terlintas di fikiran juga mata yang menggatal minta itu dan ini.

Lepas je beli macaroni,dengan fikiran yang tak waras pegi beli Nasi Tomato.
Dah beli baru pikir,sapa nak makan sampai dua ketul aku beli nih? -.-'
Tengah jalan jalan tunggu kawan beli menu juadah berbuka dia,sha terpandangkan kuih peneram atau nama saintifiknya yang unik kemain..
Janji jangan gelak oke? Janji?
"Kuih Telinga Keling"

Apakah? Euwwwwwww! Gelojoh nau Telinga Keling pun nak makan.. -.-'
Sha pun tak tahu mana ana datang tah nama saintifik yang unik tu.
Kesian kaum india yang tak bersalah tu,telinga mereka jadi sasaran kuih tersebut.. Muehehe. *gelak sopan*
Bagi semua kaum india,jangan marah ye.Nama tu datang sejak zaman nenek moyang lagi.Anda patut bersenang hati dan berbangga kerana nama telinga anda cukup popular tak terkata. Wink wink ^^


Kenapa pelik sangat nama dia? Sebab warna dia juga pelik kemain oke.
Tapi rasa dia tak pelik la.Sedap. kotttt. Kata classmate after 6petang memang susah nak nampak bayang kuih unik nih.So memang sedap la kan. Try lah rasa.

Inilah dia Telinga Keling.kan dah cakap warna dia pelik.

ini pulak juadah berbuka tuk sha hari ni.Kalau tak terlentang jugak melahap benda lah dua butir nih tak tahu la!

p/s : Perut dah berbunyi bunyi hebakk tak ketentuan hala dah ni.Semacam lagu dangdut pun ada.Apa juadah berbuka korang hari ni?Selamat berbuka yer *even awal lagi*

Tenkiu bace ^^

4 comments:

  1. adesh kuih telinga keling best nyer... urm lapar la.....

    ReplyDelete
  2. My Gempak : mmg la lapar..puasa kan ^^

    ReplyDelete
  3. kat kedah orang pgil kuih "peneram"....!

    ReplyDelete
  4. Dari kuil ke pasar malam....kuih ini di gunakan bagi dewa2 hindu..ia berasal dari india..mana ori....Atherasam...

    ReplyDelete