Monday, February 6, 2012

Menu Barat Kecintaan Hati || Entry bergambar

Assalamualaikum.

nih bukan pizza yang sha buat, macehh pakcik gugel atas ihsan beliau

Hakhak. Lawak betul. Rasa nak ketawa hentak-hentak kaki pastu guling-guling dari Johor Bahru ke Segamat tika dan saat entry ni ditaip. Erk? Melampau kau jemah kan. Hewhew =..=

Kengkonon demi menghibur sang perut yang sibuk ngidam nak makan pizza sejak berkurun juga berabad lamanya tak makan,sanggup beli bahan nak buat sendiri. Lagi dan lagi kengkonon nak demi  nampak wanita solehah juga anak serta bini masa depan yang mithali boleh la buat pizza tuk dimakan tanpa susah payah perah keringat pergi beratur panjang pastu order dan hulur duit free2 tuk dapat makan menu barat yang satu ni.. tup-tup muncul la satu menu barat yang amat pelik lagi huduh wajahnya.. hakhak. Hello..even buruk rasa dia tak la pelik sangat.. Sedap okey!

pinjam oven mama,macehh mama
kena la ada inti pizza. chess lagi tersangat la wajib kan kan


1st try gini la gayanya. Oleh sebab munasabab wajah dan rupanya yang memang bukan takat korang je rasa nak tercampak halkum ketawa,sha terpaksa kaburkan rupa pizza yang satu nih..haha.

before dibakar 
after dibakar. teruk benor rupa dia sampai kena cungkil pakai sudu tuk makan :P


2nd try,dah okay sikit.saja letak inti pizza ni separuh perut dia ja..pas tu lipat macam kain batik..hakhak. Okay. Mengaku.terhangus sikit.

buat2 tak nampak jelaa..hakhak

3rd try, kali ni dah okay. Yeay!!! Alhamdulillah jadi. Suka suka suka!!

tadaaaa.. sila buat2 nampak sedap boleh?

Haha. Siyes rasa nak pecah perut dengan hasil tangan sendiri.Paling tak boleh blah,siap nak nangis bagai masa 1st try tak menjadi. Nasib baik ada mama. Dia bagi sokongan and at last jadi. Sedap lagi tuhh!! Hehe. Syiok!

Dah boleh kawin dengan laki masa depan mata kaler biru tu tak? Hikhik

p/s : Penat mey. Even bentuk sangat2 pelik,nasib baik pizza buatan sendiri nih rasa dia tak pelik mana. Pas ni dah boleh bukak restoran pizza da.hikhik

Tenkiu bace ^^

No comments:

Post a Comment