Saturday, July 9, 2011

Mimpi yang memberi impak!

Assalamualaikum

Hari dah malam kan?
*Saja ubah ayat permulaan entry agar tak sama macam entry lepas lepas *

Mood tak berapa nak oke malam ni,namun semangat nak berblog masih kuat mengusai diri.
Selagi ia belum pudar,maka elok lah memanfaatknnya.
Maka tidaklah ia terbiar seperti hari sebelum sebelum ni.

Tah kenapa hidup sha lately dibayangi  dengan mimpi mimpi. -.-'
Kejap tadi kiki yakni roomate merangkap besties sha cerita pasal mimpi dia.
nak taw mimpi dia? baca sini.
Lepas tu hari Jumaat kelmarin Mr.Rajentharan bagi tugasan mengenai Idioms dan Proverbs.
Maka dengan penuh konfiden segala jiwa raga sha memilih bawah tajuk mimpi atas persetujuan group.

Dan baru sekejap tadi sha mimpi nenek.
Sha tak pasti nenek sha atau pun nenek siapa.
Sebab mimpi kan.. Agak kabur juga la..
Apa yang sha ingat,kalau tak silap sha.Dia dah meninggal dunia.Tapi tah dari mana mama sha jumpa dia..
Bawak balik rumah.Dan yang pasti sha tak taw rumah sape.Sebab ada jambatan segala bagai.
Tangan juga kaki nenek dah berulat dan bercacing macam daging busuk.
Ya Allah gelinya sha masa tu hanya Allah yang tahu.
Mahunya sha terjerit dan melolong ketika itu juga,tapi sebab hormat dan takut kena marah dengan mama.
Sha beranikan diri tolong mama bersihkan.Dalam keadaan tak sedar,rambut sha dah melekat lekat cacing cacing yang sumpah buat sha menangis teresak esak kegelian.Masa nak ambik wudhu nak solat Maghrib,cacing makin banyak melekat serata badan sha.Macam hujan cacing time tu.
Ya Allah,dalam keadaan geli campur ketakutan tu sha cuba juga untuk solat di atas jambatan rantai yang sha sendiri taktaw kat mana.
Puas angkat takbir tapi tak kusyuk dan batal berulang ulang kali sampai azan tanda masuk waktu Isyak..

Sha terjaga! Roomate sha yakni senior sha.Kak Naemah gerak sha untuk solat Maghrib.
Sampai waktu ni,sha still terngiang ngiang pasal mimpi tu.
Mungkin ke sebab sha tidur waktu senja?atau pun sebagai peringatan kepada sha?
Sebagai manusia biasa,semestinya sha tak terlepas dari melakukan kesalahan..
Kadangkala,ada  juga tak cukup lima waktu.

Walauapa pun ia,sha tetap bersyukur sebab ia nya hanya mimpi.
Mungkin ada hikmah sdisebalik mimpi tu.
Mudahan mudahan sha dapat merubah diri menjadi lebih baik dari sekarang.
Mudahan mudahan.InsyaAllah.Amin..
Sama sama lah kita merubah diri kita

Klik sini untuk santai selepas penat membaca

p/s : pernah ke korang mimpi yang memberi impak hebakk tak ketahuan hala pada korang?

Tenkiu bace^^

2 comments: