Saturday, July 9, 2011

Terasa diri dah jadi orang tua dengan cepat!

Assalamualaikum

Selamat Hari Sabtu rakan taulan..
Fiuhhh~~
Lama batul tak update blog.
Banyak betul sesawang dalam ini blog.
Warna warna pink yang tertepek da nampak macam kelabu taik kucing.
Metafora yang paling takleh diguna pakai i think!
euwww -.-'

"Semakin banyak hari yang ditinggalkan,semakin banyak pula pengalaman yang bertambah dalam diri."
Sape tak setuju pegi cari 10 sebab kenapa tak setuju dalam kiraan 1.. 2.. start!!

Alhamdulillah keluhan demi keluhan sha dalam entry ini dan juga ini akhirnya berakhir..
Secara tak sengaja sha dah berubah menjadi seorang gadis chomel yang tak ketahuan hala lagi matang kemain..
Sila jangan jeles dengan kenyataan ini ye.Anda pun boleh buat.Selalu selalu la buat,insyaAllah boleh menaikkn sedikit semangat diri sendiri.Siyes ni der. *Wat muka ketat sikit*

Semuanya sebab roomates yang baik lagi best!
Sebab diorang sha dah tak lagi menjadi pemalu yang tahap sangat gedik kemain dan tak menjadi seorang yang pendiam lagi pengecut kemain..
buktinya,sha dah tak lagi menjadi patung bernyawa..
Dah boleh berborak borak dengan roomate macam berborak dengan family juga sanak saudara tercinta selain pulang ke tanah tumpah darah yakni halaman tercinta dalam jumlah keseorangan tanpa ragu.
Sila beri tepukan yang amat sangat gemuruh ye.

Siyes der,sebelum ni wa tak pernah balik jb tanpa ada kawan.
Tapi lepas je dapat roomates yang semua matang matang dan baik beleka,fiil yang tak patut ada dalam diri tu dah dapat dihakis.
Berjaya pulang ke jb tanpa mengharapkan kengkawan,juga berjaya balik ke kampus keseorangan.
Hebakk kan?
*Terharu dengan perubahan diri*
Terasa diri dah menginjak tua.. -.-'
Zaman kebudak budakan seperti semakin jauh ditinggalkanm.

"Selamat datang era tua kepada diri sendiri."


p/s : adakah pernah korang sedar akan perubahan korang hari demi hari?
buat muka ingin tahu

Tenkiu Bace ^^

No comments:

Post a Comment