Assalamualaikum
Ni bukan nak cerita pasal crayon kalerpul yang kita guna buat masuk pertandingan mewarna masa zaman hingus leleh leleh tepi bibir.Bukan juga nak cerita pasal kalerpul paint yang dekat iklan wane loncat loncat at dinding cantik cantik tu.
Cerita ni memang.. hoi memang tak boleh nak cerita dengan slow motion sambil buat gaya agar lebih dramatik.Memang tak boleh.No no no.Ayunkan jari telunjuk ke kiri dan kanan
Oleh sebab munasabab berjanji dengan office mate juga akak serta incek sayang beliau,kami berpakat menggunakan baju kurung bewarna hijau agar kelihatan seperti pokok yang comel lagi kiut kemain.Ok auta -.-‘
Dengan perasaan yang hoi memang siyes happy sebab balik keje nanti ada orang nak belanja makan kefcy.Kefcy tu oi! Mesti abang manager kefcy tu ensem kiut kacak kan ,jadi dengan perasaan kemain eksaited wajib la pilih baju yang super ohsem agar tampak segakk tak hengat..So apa lagi,haruslah diri ini main cop cop baju milik mama dengan akak. Oleh kerana diri yang dirasakan begitu comel,maka diri mengambil inisiatif pinjam baju mama yang sungguh ohsem agar kelihatan lagi comel. Harus la begitu kan kan kan . T_T
Ok,diri rasa bagitu ohsem pakai baju tu bila sampai tempat keje.Haruslah pandang side mirror motor untuk memperbaiki tudung lepas turun motor bila sampai tempat keje agar diri tak rasa hiruk pikuk.
Hoi jangan pandang sebelah mata! Sha ni juara dalam pembonceng mat rempit tahu.. erk? -.-‘
Dengan penuh konpiden ketawa kuat kuat.
Hoi. Kain aku berlubang!
Kali ni ketawa lagi kuat tuk tutup malu juga cover cover perasaan yang kemain risau.
Macam mana aku nak jalan masuk opis ni?
Rasa nak simen muka tebal tebal time tu jugak.Kain kurung moden super ohsem milik mama berlubang kemain besar kena ekzos!
Oleh sebab taknak tengok diri jadi hiruk pikuk,ekzos yang panas ditepi tak perasan.
Padan muka.
Ok kali ni tak boleh cover lagi.
Haruslah cepat cepat telepon mama agar mama anta kain lain.
Dalam hati still ada perasaan nak tampak ohsem.Sungguh keji. -.-‘
Sha jalan laju laju masuk opis dan tak keluar keluar lepas tu.
Incek sayang akak yang pegi keluar amek kain salin dari mama.
Ok,mama anta baju kurung lama sha punya.Tapi theme tetap tak lari.Hijau.
Kali ni betul betul dah tak ohsem lagi.Wuu.Padan muka.
Malamnya lepas balik keje,kaki akak bengkak sebab hampir terjatuh dekat jalan raya masa on the way pegi kefcy.
Alhamdulillah tak ada kemalangan nyawa.Kalau tak sebab incek sayang akak nak lalu dekat jalan jam teruk tu,mungkin kak masih boleh jalan macam biasa.
Tapi semua dah jadi.Khilaf sendiri kan kan kan .
Apa apa pun,malam tu tetap kami menketedarah kefcy.Sedapnya kemain.
Sebab munasabab ia free.Ngehngeh.
p/s : Ok foine.Ketawa la puas puas.Sebab ia memang kelakar kan kan kan.Semua pon bantai gelak kat sha.sob sob.Sebab nak diri kelihatan ohsem,betul betul ohsem jadinya.Hamekk.Jawab la dengan mama,baju tu dah la dia beli mahal.Baru pakai sekali pulak tu. -.-‘
Tenkiu bace ^^
No comments:
Post a Comment