Thursday, November 3, 2011

Perkara yang semua pon takleh tinggal tuk lakukan! || 31.10.2011


Assalamualaikum

Lama rasanya tak online juga menghupdate sang blog.
Jangan kan nak komen gambar kengkawan yang menunggu tuk dikomen langsung tak di jenguk,nak blog walking lagi la jauh sekali.
Ok dah dah.Tak terniat langsung nak update panjang panjang.sikit pon tak terlintas.
tak tak.

Mari kita listkan 10 perkara yang wajib kita lakukan saat saat cuti semester.

  1. hirup segala nikmat bersenang lenang
  2. berjimba jimba, jimba dan jimba dengan incek juga cik puan tersayang,paling tak de pun kengkawan zaman hingus hingus dulu di kawasan yang indah lagi cantik kemain.
  3. berkelah di tepi tepian halaman rumah sambil borak borak kosong dengan jiran sebelah rumah,tak pun mancing ikan dalam parit atau perigi.
  4. menketedarah sampai kembung. settle
  5. menketedarah lagi. settle
  6. menketedarah lagi dan lagi. settle.
  7. kumpul mimpi mimpi indah
  8. kumpul mimpi indah lagi
  9. kumpul mimpi indah lagi dan lagi
  10. spent time lelama depan tb tengok doraemon ataupun shin chan dengan adik beradik juga sanak saudara. Korea pon orait gak. tak pun ngadap facebook doplohlapan jam sehari.

Itu antara perkara wajib lagi harus yang mesti lagi perlu semua rakan rakan buat bila tiba saat cuti semester kan kan kan? Takk ketinggalan juga seketul cik sha yang kini dan menjadi sebotol besar ribena. Kelas kau jahhh. *motip?*
Ya,ini bukan kata kata dusta lagi auta.-.-‘ Ini sememangnya kata kata fakta yang patut diberi kepercayaan doplohratus peratus.

Tapi,tapi,tapi dalam banyak banyak yang dilistkan, Cuma satu perkara ja yang dapat dilaksanakan saat ni.
Siyes,sambil buat muka ketat. T__T
Tak sempat pun hirup segala nikmat keseronokan seorang siswa juga siswi tatkala cuti semester,sisa cuti dah pun tinggal lebih kurang dua minggu saja lagi.

Sebab munasabab adalah kerana diri yang kemain kudus lagi anak mithali yang berangan nak cari duit sendiri tuk pembiayaan bila semester dibuka semula kelak.
Betul ni,sikit pun tiada kata kata dusta dalam ayat ni.
Hanya satu hari saja dapat senang lenang lepas sampai sampai ja di tanah kelahiran tercinta tempoh hari.
Kendian terus bekerja bagi menampung perbelanjaan anak anak yang tengah membesar.ok dusta. -.-‘
Ini semua gara-gara incek Nuffnang yang tak bersalah taknak bagi income.Terpaksa diri mencari inisiatif sendiri.sobsob.

p/s : sedar tak sedar cuti semester dah nak sampai penghujung.dah tak ada masa lagi ni.Sekarang ni nak listkan cara diet yang paling berkesan abad ni kendian praktikkan dengan kadar seberapa yang segera.Cukup cukup lah asek menternak lemak dalam opis yang berhawa dingin.

Tenkiu bace ^^

1 comment: