Sunday, November 30, 2014

What I'm doing a long time ago...

Assalamualaikum

Fiuhhh, berkepuk-kepuk rasa habuk kat blog ni.
Tuan tanah macam lupa daratan dah macam bukan tuan tanah.
Lama gilos rasanya tak update blog, last update 2013.
Gilos tak gilos, kalau Incek Blogger ni nak lupuskan account ni,rasanya dah lama kena lupus.
Lama rasanya menyepikan diri. Lepas abis diploma tuhari, kerja. Bila dah kerja biasa lah kan. Masa tuk diri sendiri memang dah takde. Mana taknya subuh2 dah keluar rumah, OT kengkadang sampai la 10-11malam. Bila dah satu hari kat tempat kerja, bila balik engkauorang rasa badan ni tak penat ke? Robot pun rosak kalau ke sana ke mari takde stop kan.

Sambung Belajar

Lepas tu angin takde ribut takde, azam yang kengkonon nak kerja dulu 4-5 tahun baru sambung degree dah macam bukan azam. Tak sampai setahun pun kerja tup-tup dapat tawaran sambung belajar. Hati mula lah goyah, memula tu kata nak, lepas tu kata taknak. Bila hati dah berkeras kata taknak, parent pulak pergilah pergilah. Yela kan, anak dapat tawaran sambung belajar. Parent mana yang tak happy and excited? So.. dengan keterpaksaannya pergi juga la sambung study. dan dan dan.. bermula la episod sebagai hakak-hakak yang dah tua tak sedar diri baru nak sambung belajar. Haru juga la hidup masa tu, hati sama banyak dengan taknak pergi sambung belajar. Mana nak settle duit yuran, mana nak cari rumah sewa. Biasalah degree, kolej tak disediakan. Lagi-lagi lah kampus baharu. Memang kolej yang disdiakan agak terhad untuk pelajar diploma je. Macam cacing kerawit kepanasan jugak la cari rumah sampai satu tahap rasa give up. Sebabnya.. hoi kau nak stay kat mana ye dak. takkan nak stay bawah jambatan semata-mata nak sambung belajar. Cari punya cari segala pelosok iklan rumah sewa habis aku contact. Tapi semuanya tak sesuai, selain jauh. Hoi aku takde transport tahu? Sudahlah tu lesen pun takde. Lagi lah diri ni rasa down sangat-sangat. Kuasa Allah dapat lah satu rumah ni, rumah baharu. Jarak dia ibarat kauorang kentut kat dalam UiTM tu kat rumah aku ni dengar, Haha, Metafora sungguh, Kampung ni berdepan je dengan UiTM, kalau jalan kaki pun dalam 15-20min la. Settle rumah sewa, baru bayar yuran. Niat hati tu taknak lah sambung belajar dulu,sebabnya belum ada saving. Saving masa kerja dulu banyak lari untuk kegunaan personal. Tak nak lah pinjam PTPTipu lagi. tapi sudahnya jatuh jugak ke perangkap si PTPTipu ni. pinjam jugak sebab ekonomi tak berapa nak kukuh. Taknak taknak sambung belajar, Alhamdulillah sekarang dah penghujung Part 4. Di kesibukan dengan assignment serta projek-projek nak di submit, Sempat jugak la type essei yang pepanjang ni. Lagi beberapa jam,diri ni akan turn to doubletwo. Alhamdulillah, Moga diri ni dapat jadi orang yang lebih matang dari tuan tanah yang sebelum ni. Unmatured and too childish dalam segala segi. Nak tukar jadi blogger yang lebih memberi faedah lepas ni. InsyaAllah. Doakan ye. Last but not least, WELCOME BACK tuan tanah!

Terima kasih sudi baca :)

2 comments:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete
  2. Выбирай: дешевые индивидуалки Москвы. Со мной! Ты не пожалеешь, что решил заглянуть ко мне на рандеву!

    ReplyDelete